Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara
Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan
jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat
Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat
dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan
diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s,
iaitu jamaah yang datang keBaitullah, baik untuk haji mahu pun untuk
tujuan Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia
dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang
yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak
istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada
setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahwa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan
yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu
masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan
bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan
Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa
kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul
batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk
mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari
batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan
sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi
Ibrahima.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu,
beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
“Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.
Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke
Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar
Aswad.
Rahasia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal
dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan
dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap
orang sakit yang memegangnya akan sembuhdari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh
setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti
terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan
fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru
lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak
dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah
beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia
berasal darisyurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan
kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak
memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah
bangunan yang terbuatdari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut
lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah
batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu
dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu
seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan
sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari
Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan
MuhammadSaw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul,
sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad,
mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian,
hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.